
nursyamira
4 tahun
Tambah berat badan anak umur 3 tahun ++++
anak saya dilahirkan prem pada 32 weeks pd thn 20/8/2015 dgn berat 1.15kg…skrg hampir 4 tahun namun berat bdn hanya 12 kg…mcm mana nak tambahkan berat badan anak prempuan saya ya doc…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.
Apa yang perlu anda lakukan sebagai ibu untuk menambahkan berat badan anak adalah :
Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih.
Ambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi atau makanan tinggi kandungan lemak
Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan -ini akan mengurangkan selera makan.
Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.
Jika keadaan ini berterusan saya mencadangkan anda untuk membawa anak anda ke pakar kanak-kanak untuk mengetahui masalah yang dihadapi.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.