Sulit
3 tahun
Tambah bilangan otot
hai doctors. sy menghadapi mslh d mna ad org yg mngatakan saya terlalu kurus. jd nak tnya mcm mna nak tambahkan bilangan otot dlm badan selain melakukan gym supaya dpt bentuk badan yg ideal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Antara sebab anda kurus dan sukar untuk menambah berat badan adalah kerana metabolisme tinggi, lebih aktif atau semula jadi kurus kerana mempunyai bingkai kecil dan dengan itu tidak dilahirkan untuk menjadi besar dan kuat.
Namun ini tidak bermakna mustahil untuk anda menambah berat badan. Untuk menambah berat badan, apa yang anda perlu buat adalah makan lebih banyak kalori daripada yang dibakar oleh badan anda. Disarankan untuk anda menulis dan mengira kalori yang anda ambil dan pastikan, ianya lebih dari apa yang anda bakar.
berikut merupakan antara cara untuk menambah berat badan:
- Makan lebih- Makan lebih banyak kalori daripada yang dibakar oleh badan anda. Berapa banyak bergantung pada tahap metabolisme dan aktiviti anda.
- Makan lebih kerap. Makanan kecil lebih senang dimakan daripada yang besar. Mereka tidak membuat anda merasa kenyang. Bangun lebih awal, makan sarapan pagi, dan kemudian makan 3-4 kali sehari.
- Makan makanan beralori- seperti makanan yang tinggi karbohidrat dan/atau lemak mempunyai lebih banyak kalori setiap hidangan.
- Makan lebih banyak protein- Otot anda memerlukan protein untuk pulih dari senaman anda dan membesar. Antaranya adalah seperti daging, ayam, ikan, telur, dll
- Minum banyak air
- Jejaki kalori anda
- Angkat Berat- lakukan berat badan bebas, seperti Squats dan Deadlift. Ianya akan mencetuskan lebih banyak kekuatan dan peningkatan otot untuk menambah berat badan.
- Konsisten dalam usaha anda untuk menambah berat badan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor atau pakar pemakanan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.