Sulit
3 tahun
Tanda awal Mengandung atau masalah period? Ingin juga tahu boleh mengandung atau tidak
Saya wanita umur 20tahun . Pertama kali saya alami period lewat 5 hari , masuk hari ke 6 period mula dtg tapi sikit saja x macam sebelum ni . Adakah itu tanda awal mengandung ? Atau masalah period saya ? Bagaimana pula untuk saya kenali sama ada saya boleh mengandung atau tak (mandul atau tak) , bagaimana untuk saya tahu kesuburan saya dan suami , dan bagaimana untuk saya mendapatkan anak di usia muda ini ,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kelewatan haid yang diiringi dengan perubahan pola haid pula boleh berpunca dari:
- tanda-tanda awal kehamilan (darah implantasi)
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda samada tentang kesuburan mahupun kesihatan secara am, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.