
johnson
5 tahun
Tanda Awal Penyakit Hati
saya lelaki berumur 20 tahun mendapati bacaan ujian fungsi hati bagi AST (SGOT) adalah 54 (normal: 16-40) manakala AST (SGPT) adalah 98 (normal: 10-41). Kedua-dua telah meningkat daripada bacaan normal. Adakah saya mengalami tanda awal penyakit hati ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pemeriksaan fungsi hati adalah merupakan gambaran kinerja organ hati anda. Peningkatan pada bacaan AST dan ALT boleh terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- fatty liver disease
- penyakit hati akibat alkohol
- kecederaan hati akibat pengambilan ubat
- virus hepatitis (hepatitis B dan C)
- Hemochromatosis
- Penyebab lain yang jarang seperti hepatitis autoimun, penyakit Wilson, serta penyakit sistemik organ lain (kelenjar adrenal, tulang dll)
Sebaiknya anda mendapatkan pemeriksaan lanjut, berikutan kadar pemeriksaan awal mendapatkan fungsi hati anda yang sedikit diatas paras normal. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.