
azmeen84
5 tahun
Tanda dan pantang ibu hamil kali pertama
Apa tanda-tanda awal seseorang wanita dikatakan hamil?? Apakah ada pantang larang dari sudut makanan sekiranya kandungan masih baru?? Apakah kesan negatif sekiranya wanita tersebut makan makanan yang dipantang kerana tidak mengetahui dirinya hamil?? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tanda-tanda kehamilan adalah sangat banyak dan berbeza-beza mengikut individu. Namun terdapat beberapa tanda-tanda yang seringkali dialami oleh kebanyakkan wanita seperti:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Sakit kepala
Dari sudut pantang larang pula, anda haruslah mengelakkan daripada mengambil minuman keras, merokok/vape, mengambil dadah serta mengambil ubat-ubatan yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda disahkan hamil agar perancangan seperti pengambilan suplemen tambahan serta lawatan dan pemeriksaan susulan dapat dibuat. Hal ini bertujuan bagi memastikan kandungan janin serta kesihatan anda dijaga dengan sebaik mungkin. Sekian.