Anonymous
6 tahun
Tanda hamil atau hormon
Saya perempuan umur 32… Saya mempunyai masalah hormon dan mengambil clomit dengan rujukan pakar… Dan mendapat seorang anak berusia 2 tahun 8 bulan…
Masalah saya sekarang…selepas bersalin period saya juga mempunyai masalah seperti sebelum mengambil clomit… Dan kitaran period saya tidak tetap…20-25 hari sahaja… Sekarang kitaran saya sudah 31 satu hari tetapi masih belum period… Saya sedikit pening sehari dua ini… Saya cuba cek menggunakan opk memandangkan stok masih ada… Dlm jam 2.30 ptng saya cek menggunakan opk… Dan dua line terang… Adakah saya hamil atau hanya hormon atau saya sekarang di waktu subur…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pemeriksaan OPK adalah juga dikenali ovulation predictor kit yang mana alat ini mendeteksi nilai hormon kesuburan yaitu Luteinizing Hormone (LH) dalam air kencing anda. Sementara itu, alat pemeriksaan kehamilan dikenali sebagai urine pregnancy test kit (UPT) mendeteksi kadar beta hCG (sejenis hormon yang dihasilkan plasenta janin) dalam air kencing anda.
Memandangkan anda menggunakan OPK, maka hasil positif OPK membawa makna bahawa anda sedang subur. Untuk mengetahui lebih banyak tentang masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























