
Sulit
2 tahun
Tanda kecacingan dan kesan sampingan ubat cacing
Saya balqis dan berumur 16 tahun and baru je lps ambil ubat cacing and saya dapati kulit saya berasa gatal-gatal selepas pengambilan ubat tersebut . Adakah itu menunjukkan tanda kecacingan/ kesan sampingan ubat itu sendiri kepada saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala kegatalan anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya tanda kecacingan, penyakit kulit atau alahan pada tungau, debu, makanan dan lain.
Selain itu, kegatalan bukan kesan sampingan umum untuk ubat cacing. Sekiranya gejala anda tidak sembuh selepas perubatan anda atau ia jadi semakin teruk, sila merujukkan masalah ini kepada doktor anda dengan lebih lanjut, supaya rancangan rawatan anda dapat dibincangkan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kulit.