
Sulit
4 tahun
Tanda Kehamilan Setelah Haid
doc sy period pada 9hb dan habis pd 12hb november… ini kali pertama period sy 4hari sja… lepas period perut sy cramp…dan kerap buang air kecil… pening kepala serta mual… mungkin kn terjadi kehamilan setelah kehabisan period…? sy ada buat UPT tapi terlalu samar sgt…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang tanda kehamilan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda pasti darah yang keluar itu adalah darah haid mengikut kitaran anda, agak mustahil untuk kehamilan berlaku. Namun sekiranya darah tersebut adalah darah implantasi kehamilan atau darah lain selain haid, kemungkinan kehamilan berlaku ada.
Namun begitu, untuk mengetahui status kehamilan anda, sila lakukan ujian UPT setelah 7-14 hari lewat haid. Anda juga boleh lakukan ujian kehamilan yang lebih tepat di klinik atau hospital.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Hamil atau tidak? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Sekiranya gejala yang anda alami berterusan, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.