
Sulit
3 tahun
Tanda kehamilan tetapi upt negatif
saya mengalami spotting 3 hari , saya mengalami smua tanda tanda kehamilan tetapi upt saya negatif, saya pegi klinik, doctor sahkan saya pregnant tapi tanpa scan dan upt test. adakah berkemungkinan saya mmg btul hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk menjawab persoalan anda, maklumat tambahan dan pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan bagi pihak kami menentukan kemungkinan anda hamil atau membuat sebarang kesimpulan.
Bagaimanapun, untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Anda disarankan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Berkenaan gejala spotting, spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Spotting boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih.