
Anonymous
5 tahun
Tanda lahir pada muka
Saya mempunyai tanda lahir port wine stain pada sebelah kiri muka saya. Kesan dari tanda lahir tersebut menyebabkan bibir kiri bahagian atas menjadi bengkak berkali ganda dari size asal. Ada x cara untuk mengurangkn bengkak pada bibir saya?? Hal ni memang menganggu emosi dan menyebabkan saya menjadi kurang yakin dgn diri

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat banyak jenis tanda lahir dan pigmentasi kulit. Port wine stain merupakan salah satu dari tanda lahir pada kulit. Bagi membuat diagnosis bahawa tanda lahir tersebut adalah port wine stain, doktor perlu melihat sendiri tanda tersebut.
Jika betul ia merupakan port wine stain, maka antara rawatan bagi masalah ini adalah:
- Pulsed dye laser (PDL) therapy (sejenis terapi laser)
- Terapi laser selain dari disebutkan diatas
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian jika anda mempunyai pertanyaan lanjut. Terima kasih.