Sulit
4 tahun
Tanda period dah ada tapi masij belum period
Saya 22, saya dah ada tanda tanda nak period, tapi period saya masih belum datang dan period saya dh lewat dari tarikh sepatutnya. Saya ada melakukan seks tetapi dengan perlindungam kondom. Adakah sebab saya stress period saya tk datang punca saya tidak period
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Bersenam berlebihan
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista, fibroid dan lain
Faktor-faktor atas biasanya menyebabkan gejala yang serupa sekali dan amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
























