
Anonymous
5 tahun
Tanda-tanda hamil dan bagaimana ingin mengetahui diri saya hamil?
hai doktor, saya wanita berumur 24tahun . sebelum ini saya mengalami period tidak teratur tetapi kadangkala ianya normal. kali terakhir saya period 2/4. saya baru berkahwin pada 20/4 . dan sejak dari tarikh 2/4 sampai sekarang saya tidak didatangi period. apabila saya check ujian upt keputusan saya negative tapi kadang kala saya mengalami pening kepala , muntah , badan berasa tidak selesa sering letih dan lesu , mood saya bertukar tukar , perut terasa nyeri nyeri. jadi bilakah waktu tertentu yang boleh saya buat ujian upt untuk mengetahui bahwa adakah saya hamil atau tidak?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt yang salah:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.