
safuranisa91
5 tahun
Tanda-tanda kencing manis
Saya mempunyai tanda-tanda kencing manis seperti kebas kaki pada waktu malam. Bacaan gula dalam darah saya ialah 5.8 mmol/L. Persoalan saya berapakah bacaan normal untuk mereka yang tidak menghidap diabetes sebelum makan dan selepas makan? Adakah badan kita perlu mempunyai kesemua tanda-tanda kencing manis seperti kerap dahaga dan kencing, kebas tangan dan kaki, luka lambat sembuh, penglihatan kabur atau letih dan barulah kita di sahkan menghidapi kencing manis? Atau mempunyai satu atau dua tanda sudah cukup untuk kita di sahkan kencing manis?
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk menjawab soalan-soalan anda, untuk mendiagnos penyakit kencing manis, pesakit tidak perlu mempunyai kesemua gejala-gejala yang anda sebutkan pun kerana diagnosis adalah berdasarkan bacaan darah gula. Manakala bacaan gula yang sihat sebelum makan adalah dibawah 6.1mmol/L manakala selepas makan adalah dibawah 11.0mmol/L. Bacaan sebelum makan (berpuasa semalaman) diantara 6.1-6.9mmol/L dikategorikan sebagai pra-diabetes. Bacaan melebihi 7.0mmol/L semasa berpuasa dan melebihi 11.0mmol/L selepas makan dikategorikan sebagai kencing manis. Sesetengah orang tidak langsung mempunyai gejala-gejala kencing manis tapi masih boleh mendapat diagnosis kencing manis hasil ujian gula darah. Penyakit kencing manis adalah penyakit yang senyap dimana simptom hanya akan muncul selepas 5-10 tahun seseorang itu sudahpun menghidap diabetes.
Manakala ,masalah kebas kaki anda boleh disebabkan kurang potassium atau kalsium, ketegangan otot ataupun saluran darah tersumbat. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.