
Sulit
4 tahun
Tanda tanda sakit jantung
Saya lelaki , ingin bertanya tentang sakit jantung. Degupan nadi/jantung saya sekitar 60-100 seminit . adakah ini tandanya jantung saya normal? dan tangan saya muncul ruam apakah puncanya . mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, degupan nadi/ jantung sekitar 60-100 kali seminit adalah normal bagi individu dewasa. Berkenaan dengan masalah ruam di tangan, terdapat beberapa penyebab berlakunya masalah ini, antaranya ialah:
- eczema
- granuloma annulare
- contact dermatitis
- ruam kulit akibat ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Menjawab soalan anda, antara tanda-tanda penyakit jantung adalah:
- sakit dada secara tiba-tiba. Sakit ini selalunya dirasai di tengah-tengah dada dan bersifat menekan. Sakit ini juga mungkin merebak ke:
- lengan kiri
- leher
- rahang
- kerongkang
- belakang
- bahagian atas perut
- Selain sakit dada, seseorang yang mengalami serangan jantung juga mungkin merasai; kesesakan nafas, pening kepala, kelesuan, loya, muntah
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!