
Anonymous
5 tahun
Tanda2 hamil slepas keguguran
Hi sy wanita 20an…sy mengalami
keguguran setahun yg lpas dan sy menjalani pembedahan utk kluarkan sisa uri janin sy…sy nk tnya tanda2 sy nk hamil semula slepas keguguran mcmne ?adakan sy akan
bleeding pde awal kehamilan sy? mohon
pencerahan dri doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa tanda awal kehamilan yang sering kali dialami oleh wanita yang mengandung antaranya ialah:
- Tidak datng haid
- Payudara bengkak dan sakit
- Loya dan/ataupun muntah
- Kerap kencing
- Kelesuan
- Pendarahan kecil (“spotting”)
- Sembelit
- Perubahan mood
Untuk mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan anda, ujian kehamilan perlu dilakukan. Sekiranya anda mempunyai soalan privasi, anda boleh klik di link ini (DoctorOnCall) untuk bertanya mengenai status kehamilan anda serta soalan dan maklumat tambahan.