Sulit
3 tahun
Tangan dan kaki berpeluh ,telinga berdenging, badan rasa sejuk
saya berumur 26 tahun lelaki.never did a medical checkup b4?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan mengenai gejala anda tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Akan tetapi untuk masalah rasa sejuk dan tangan kaki berpeluh, ianya berkemungkinan disebabkan demam. Antara sebab yang boleh menyebankan demam adalah:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Selain itu, untuk masalah teling berdesing, ia boleh disebabkan oleh;
Usia meningkat menyebabkan pendengaran terjejas
Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berdekatan lapangan terbang atau kerap menggunakan “headphone” atau “earphone”
Telinga tersumbat dengan tahi telinga akibat penggunaan putik kapas
Masalah pada tulang telinga
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.