Sulit
2 tahun
Tangan Gigil pada usia muda
Saya masih muda lagi, umur 17 tahun. Tangan saya dah menggigil mcm Parkinson. Muda2 lagi ada parkinson. Apa rawatan untuk penyakit gigil ni?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, selain daripada penyakit Parkinson, terdapat beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan masalah tangan menggigil:
- Masalah saraf dan otak
- Sawan
- Masalah kelenjar tiroid
- Kesan sampingan ubat seperti ubat asma
- Terlebih kafein
- Anxiety
- Kadar gula dalam darah rendah
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.