
Anonymous
4 tahun
Tangan kebas atau penat
saya berumur 35 tahun.sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.saya seorang obesiti.
dalam bulan puasa,seminggu sebelum raya,saya melakukan persiapan untuk beraya tanpa henti hinggalah menyediakan makanan untuk pagi hari raya.
pada petang hari raya pertama, tangan saya mula rasa kebas dan penat. saya fikirkan mungkin terlalu banyak menggunakan tangan untuk melakukan kerja. masalah kebas dan penat ini tidak hilang hingga ke hari ini iaitu dah masuk 11 hari. setiap kali memegang barang, tangan saya akan mula rasa kebas dan penat hingga menyebabkan barang di tangan jatuh. pada waktu pagi semasa bangun tidur pulak,tangan tak dapat menggenggam.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca kebas tangan :
- Carpal Tunnel Syndome
Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. - Neuropati Diabetes
Kebas atau kesemutan di kaki adalah gejala pertama bagi kebanyakan pesakit dengan kerosakan saraf daripada diabete Hal ini juga boleh menjadi punca rabun dekat semakin serius. - Hyperthyroidism
Hipertiroidisme kebanyakan disebabkan oleh penyakit Graves, yaitu suatu kondisi yang terjadi akibat kelainan sistem autoimun yang menyerang tubuh dan meningkatkan produksi hormon tiroksin pada kelenjar tiroid.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.