
azwanizahar93
4 tahun
Tangan kebas,berdenyut dan lenguh2
Saya wanita sudah berkahwin ada anak 2. Soalan saya kebelakangan ni tangan kanan saya terasa kebas swcara on off.namun sejak 2 3 hari kebelakangan ini kebas di lengan saya tidak hilang dan terasa berdenyut,kebas2 dan lenguh2 todak henti.sakit makin terasa bila saya melakukan kerja.sekarang tangan kiri saya juga mengalami yang sama tp tidak sekuat tangan kanan.jadi apa saya perlu lakukan untuk merawat masalah saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tangan kebas pada satu sisi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kencing manis
- Akibat saraf terjepit
- Penyakit autoimun
- Akibat penyakit hormon seperti tiroid
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu aktiviti harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.