
Sulit
3 tahun
Tangan mengelupas sebab sabun cuci pinggan
Tanagn saya mengelupas bila saya basuh pinggan. Lepas tukar sabun pun masih sama. Perlu ke saya makan vitamin dan zinc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah kulit tangan menggelupas. Kami memahami kebimbangan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Kurang penjagaan kebersihan
- Penggunaan produk pencuci
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
Pemeriksaan dan penilaian perlu dilakukan oleh doktor sebelum menentukan rawatan dan ubatan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.