
Sulit
3 tahun
Tangan penuh biji-ii air
saya wani , tangan saya penuh dengan biji-ii air . hanya bergantung pada ubat , tapi still masih ada . sampai tidak selesa untuk bila buat kerja rumah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah biji-biji air yang dialami oleh anda dan ia amat mengganggu terutama membuat kerja-kerja rumah. Berdasarkan kenyataan anda, biji air ini boleh disebabkan oleh masalah kulit sensitif, jangkitan kulit ataupun masalah kulit yang lain. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Antara perkara lazim yang menyebabkan anda timbul biji air pada tangan anda adalah:
- Ekzema
- Kulit sensitif
- Reaksi alahan
- Berpeluh dengan banyak (Hyperhidrosis) terutama pada tapak tangan
Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca masalah yang dialami oleh anda dan juga suapya rawatan dapat diberikan. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.