
Sulit
4 tahun
Tangan saya cepat kecut dan sakit bila kering jadi mengelupas
Saya beumur 20 tahun. Saya sememangnya tidak tahan sejuk. Apa bila di tempat sejuk atau memegang benda sejuk dari akan menjadi bengkak seperti beku. Ada masa jari saya menjadi sangat kecut awalaupun hanya basuh muka. Bukan di jari sahaja tapi di tapak tgn juga. Bila kering. Menjadi mengelupas pula dan kasar. Seperti tanah yang merekah pula saya tengok. Kecit ini membuat kan saya tak selesa kerana sakit. Saya harap ada explain dan nasihat atas masalah saya ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ianya berkemungkianan adalah contact dermatitis. Namun terdapat kemungkinan lain juga yang menyebabkan masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Hanya selepas punca sebenar dapat diketahui barulah rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.