
Sulit
5 tahun
Tansil bengkak lebih dua minggu
Sy berusia 27, tonsil sy bengkak lebih 2 minggu, tp tidak sakit dan masib boleh mmakan seperti biasa. Adakah tonsil disebabkan covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, tonsil biasanya akan membengkak sebagai satu tindak balas/ reaksi terhadap benda asing seperti jangkitan virus dan bakteria. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan tonsil bengkak antaranya ialah:
- Tonsillitis
- Infeksi
- Hyperplasia atau Hypertrophy- yaitu berlaku pembesaran tidak normal tonsil palatal
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.