Sulit
6 tahun
Tanya pil perancang yasmin
Doktor, saya nak tanya jenis pil perancang kehamilan gabungan (COCP) termasuk pil yasmin juga ke?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan anda, dalam 1 strip pil perancang yasmin mempunyai 28 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Pil yang pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil yasmin mengelakkan kehamilan.
Setelah berhenti mengambil pil perancang yasmin, biasanya akan mengambil masa beberapa bulan kerana badan kita sedang mempersesuaikan diri dengan perubahan level hormone dalam badan kita.
Untuk makluman puan, risiko untuk mengandung adalah amat rendah sekiranya pil perancang diambil dengan tetap masa dan cara yang betul.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil perancang, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan.



































