
maelzproz
5 tahun
Tapak dan sekitar kaki ditumbuhi gelembung air kecil yang gatal
Saya lelaki dalam 20 an… kaki dan sekitarnya ditumbuhi gelembung air kecil yang gatal serta merosakkan kulit saya …ianya terjadi suda 3 bulan hingga sekarang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan keadaan pada tangan dan kaki anda ini. Biasanya ia bermula dengan kegatalan dan pedih, bengkak, kemudian menjadi gelembung air. Kemungkinan masalah ini terjadi adalah kerana:
- Jangkitan bakteria , virus atau kulat
- Masalah ekzema atau kurap
- Kulit sensitif dan menghidap keradangan
- allergy kepeda sesetengan produk, makanan atau kuman
Oleh itu, kerana hal ini telah berlanjutan sehingga tiga bulan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan bagi masalah anda ini di kilinik atau hospital berdekatan. Sekiranya ingin kan maklumat lanjut, sila ke klinik terdekat atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian . Terima kasih