org_utan20
4 tahun
Tapak kaki seperti dihiris pisau
Ayah saya berumur 63 tahun. Dia berasa sakit tapak kaki kirinya seperti dihiris pisau. Dye penghidap diabetes. Sekarang kakinya terasa seperti berdenyut dan seperti dihiris pisau. Bila bergerak sikit sakit. Berjalan ok tapi still sakit. Ayah saya sedang usaha makan ubat mecobalamin untuk saraf. Adakah ia ok? Ada apa2 suggestion yang doktor boleh bagi untuk hilangkan rasa sakit. Makan ubat tahan sakit pun tak berkesan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh masalah saraf. Maka, ubat tahan sakit tidak begitu berfungsi untuk mengatasi masalah tersebut.
Ayah anda disarankan:
- manjaga pemakanan kerana kencing manis menyebabkan masalah ini.
- berhenti merokok jika merokok
- bersenam boleh mengawal kandungan gula.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.