
yurininococo
4 tahun
Tapak tangan berpeluh dan tapak kaki
Saya wanita berusia 32 tahun,masalah tapak tangan dan tapak kaki berpeluh bermula dari saya kanak2 lagi, dan sekarang keadaan semakin teruk,tapak tangan dan kaki sentiasa berpeluh,apa yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Untuk pengetahuan anda, kondisi ini adalah dikenali sebagai ‘hyperhidrosis’. Diagnosis biasanya dilakukan berdasarkan sejarah medikal mengenai permulaan penyakit anda. Siasatan lanjut akan dipertimbangkan jika melibatkan kawasan yang lebih besar pada badan atau jika hiperhidrosis berlaku semasa tidur. Rawatan bergantung kepada betapa seriusnya keadaan hiperhidrosis dan jika rawatan sebelum ini berjaya.
Antara contoh rawatan untuk kondisi ini adalah seperti:
- Rawatan topikal seperti aluminium klorida hexahydrate (Driclor)
- Iontophoresis
- Suntikan toksin Botulinum jenis A (botox)
- Ubat-ubatan: Tablet antikolinergik (seperti oxybutynin dan propantheline bromide)
- Pembedahan
Jenis rawatan yang bersesuaian untuk anda harus dipertimbangkan setelah maklumat yang lanjut diperolehi. Untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai isu ini, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih.