
Sulit
5 tahun
Tapak tangan dan kaki selalu berpeluh
Sy berumur 35 tahun… Selalu ada masah berpeluh di tapak tangan dan kaki sejak lahir.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluma pihak anda, masalah cepat berpeluh yg luar biasa dipanggil hyperhydrosis. Sesetengah orang sememangnya mudah berpeluh ketika cuaca panas dan makan-makanan pedas atau ketika melakukan aktiviti seperti bersukan. Namun, peluh yang banyak dan mengganggu kehidupan seharian boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi seperti mengalami anxiety
- Sesetengah masalah peluh berlebihan ini adalah disebabkan oleh genetik
- Masalah berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid
- Penyalahgunaan alkohol berlebihan atau pengambilan dadah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.