
Sulit
4 tahun
Tapak tangan serta setiap jari dipenuhi biji berair
Hy doktor,sya brumur 18 tahun ,sejk kblkngn ni tpk tngn serta setiap jri sya dibhagian kiri mnglmi bji gtl yg berair yg smkin mmbnyk…hmpir diktan keseluruh tpk tngn serta jari ad biji tu yg bnyk .walaupun tidak pecahkan biji tu,tpk tngn sya ttp gtl.ap punca biji ni.ada kh sbb stress???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tapak tangan serta jari yang dipenuhi biji berair. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- ekzema
- allergi
- kerosakan kulit akibat terdedah kepada bahan kimia yang menghakis seperti sabun pencuci
- penyakit kencing manis - masalah ini boleh menyebabkan peredaran darah kurang lancar sekaligus menyebabkan simptom ini
- penyakit saraf - sesetengah penyakit saraf boleh menyebabkan simptom kegatalan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini secara langsung kepada doktor agar pemeriksaan yang teliti dapat dilakukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih