Sulit
4 tahun
Tapak tangan timbul wrna coklet n bintik hitam
sy wanita 26taon…nk tnye knp tangan sy timbul tompok2 coklat n bintik2 coklat…da 3x ke klink dokter ckp alahan,10hari da xbaek2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Selain itu, pemeriksaan terhadap kondisi kulit tapak tangan anda amat penting untuk mengenalpasti punca masalah ini. Bagaimanapun, secara umum, bintik coklat pada tapak tangan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antara penyebabnya adalah:
- Akibat iritasi kulit atau terdedah dengan zat kimia
- Akibat zat pigmen (warna) kulit yang berlebihan akibat paparan matahari
- Akibat jangkitan kulat, disertai rasa gatal terutama apabila berpeluh
- Akibat keradangan kulit seperti impetigo atau erisipelas
- dermatitis atopi -alahan
- Gangguan pigmentasi kulit
- Kanser kulit ( melanoma maligna )
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.


































