
Sulit
2 tahun
Tarik nafas rasa tak puas
Hi doktor, saya terlalu kerap sendawa sampai rasa macam nak muntah Dan kekadang terasa semula makanan yg saya makan sebelum ni. Akibat daripada kekerapan sendawa Tu saya berasa tak puas bila tarikh nafas. Saya tiada demam, selsema atau batuk. Cuma rasa macam Ada Brenda tersangkut Di tekak. Tapi tak sakit bila menelan. Perut saya pun agak keras.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang ayah anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Penyakit jantung
- Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
- Kekurangan darah atau anaemia
- Jangkitan paru-paru
- Barah paru-paru
- Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
- Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.