
Sulit
4 tahun
Tarik nafas tidak puas
Saya lelaki berumur 47 thn mempunyai masalah tarik nafas tidak puas terjadi Kadang2. Ia semacam oksigen tidak sampai ke anggota badan dan saya menjadi letih semacam penat perlu bertenang dalam 30 minit ia mula reda kembali ia sering mengangu seharian saya… Saya telah pun membuat pemeriksaan darah sepenuhnya dan paru paru mendapati keadaan semuanya ok cuma kolesterol tinggi sedikit Total 6.0 LDL4.3 HDL1.2.pada tahun 2019 saya pernah membuat pembedahan sinus adakah ia disebabkan sinus atau jantung… Perlukah saya membuat pemeriksaan jantung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan dan mengambil serius tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu sesak nafas ataupun kesukaran bernafas. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penjelasan, secara amnya, seperti:
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah:
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah:
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda. Pemeriksaan menyuluruh diperlukan bagi memberikan penjelasan yang anda kehendaki.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.