Sulit
3 tahun
Tarikh yang sesuai untuk ujian hiv
Selamat Sejahtera Dr. Bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan ujian saringan hiv selepas berhubungan dengan pasangan?. Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika anda telah melakukan seks tanpa perlindungan anda boleh pergi ke klinik dalam masa 72 jam dalam tempoh anda syaki dijangkiti. Jika anda berjumpa dengan doktor dalam tempoh ini, anda mungkin diberikan PEP (post-exposure prophylaxis). PEP adalah rawatan kecemasan yang boleh mencegah HIV tetapi ia perlu diambil dalam masa 72 jam pertama selepas dijangkiti. Namun begitu, tidak semua klinik memiliki ubat ini.
Jika anda mengesyaki diri anda dijangkiti, anda perlu segera ke klinik dan membuat ujian. Ujian HIV yang terkini boleh mengesan virus dalam masa 4 minggu selepas tarikh anda dijangkiti. Oleh itu, langkah yang terbaik adalah untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan ujian dahulu. Doktor akan menentukan jika anda perlu mengambil ujian lagi sekali ataupun tidak.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.