Sulit
4 tahun
Tdak hamil dan darah ketulan
Umur sy 38thun … sy da berkahwin 3 thun… ni perkahwinan kdua sy… perkahwinan pertama sy ada 2 owg ank…selama sy berkahwin yg baru sy blom dapat zuriat… sbb sy ada buang telur sebelah kiri… jdy telur belah kanan masih ada lg,adakah dsbbkan itu sy x blh pregnant doktor? Setiap bulan sy dtg haid 4@5hari , hari kdua…plg byk dan drh ketulan akn kua byk besar2… adakah tu normal ataw ada pe2 yg x ok doktor.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah operasi yang major, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital yang telah melakukan operasi kemarin atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor yang mempunyai data kondisi kesihatan anda atau pakar yang lebih arif dalam bidang kesihatan wanita.
Umumnya gejala ketulan darah yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan
- kitaran haid yang tidak teratur
- ketulan darah haid
atau ia juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius seperti
- Gangguan sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Tanda-tanda keguguran
- atau gangguan organ wanita yang lain.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Fertility specialist kami sedia membantu.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.



































