
Sulit
5 tahun
Tekak berkahak setiap pagi dan sukar bernafas
Salam doktor. Saya berumur 28 tahun dan merupakan penghidap allergic rhinitis. Sejak pkp ni bermula saya mnghadapi masalah tekak berkahak setiap pagi dan kadangkala menyebabkan sukar bernafas. Ketika tidur tidak rasa, tapi ketika bangun dari tdur terasa ada sesuatu d tekak hingga boleh mnyebabkan nafas berbunyi. Adakah saya ada masalah salur pernafasan ataupun masalah paru2? Untuk makluman kahak hanya dlm jenis jernih cuma sekali dua pernah kahak berwarna kuning bercampur jernih. Saya merupakan seorang yg aktif melakukan aktiviti luar seperti hiking dan berjoging cuma terbantut dlm tempoh pkp. Sbelum ni juga saya pernah merokok.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.