
arena.reen90
4 tahun
Tekak berkahak tetapi kering
Saya wanita pertengahan 20an mengalami tekak kering tapi mempunyai kahak yg tidak mahu keluar walau telah dipaksa keluar seperti batuk dan berdeham. Kahak ini menggaggu rutin harian saya dan membuatkan saya susah untuk menelan makanan dan air liur. Akah saranan dr yg boleh saya ikut untuk mengurangkan kahak ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan terhadap masalah kesihatan anda. Batuk berkahak dan sakit tekak boleh terjadi akibat punca punca tersebut:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Pendarahan juga boleh berlaku akibat usaha anda untuk mengeluarkan kahak tersebut.Jika hal ini berterusan anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih