
Sulit
4 tahun
Tekak berkahak waktu baring dan duduk jangka masa lama
Saya lelaki berumur 24 tahun Hi doc sya nak tnya tekak terasa mcm bekahak.tapi selepas sya keluarkan dia hnya cecair warna is putih. Sering berlaku waktu baring dan duduk lama?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Antara penyebabnya boleh dikaitkan dengan:
- Gejala penumpukan phlegm yang berlebihan
- Gejala alahan atau benda asing dalam mulut
- Kesan-kesan atau komplikasi merokok atau batuk kronik
- Jangkitan yang masih berkembang di dalam saluran mulut atau tekak
atau ganggaun yang khusus seperti
- Laringitis
- Faringitis
- Epiglotitis
- mahupun penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan doktor
Umumnya posisi baring atau semasa tubuh berehat merupakan waktu dimana fisiologi saluran paru-paru bekerja untuk mengeluarkan kahak dari saluran pernafasan dengan lebih kerap.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.
Namun untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut dari pihak kami. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).