Sulit
3 tahun
Tekak dan dada rasa tersumbat
Hi. Saya seorang perempuan berumur 21. Dalam 2-3 hari ni, saya rasa tak selesa di bahagian tekak saya. Saya rasa macam ada sesuatu di tekak dan dada juga rasa tak selesa. Saya cuba nak keluarkan dari tekak saya sebab saya ingatkan kahak or something tapi saya still rasa tak selesa. Nak bernafas boleh, tapi rasa tak selesa. Boleh tak, doktor bagi suggestions apa yang saya perlu buat or patut ke saya jumpa doktor terus? Dan adakah perkara ini membahayakan kesihatan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tekak yang tidak selesa. Untuk makluman anda, rasa tidak selesa di tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara lain, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
- Masalah tiroid
- Tersekat benda asing
Anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Sekiranya gejala tersebut masih tidak berkurangan atau sembuh, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan oleh doktor secara langsung.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.