
Sulit
3 tahun
Tekak gatal dan hilang selera makan
Saya wanita umur 57 ingin mengajukan soalan saya mengalami tekak gatal sudah seminggu tapi tidak kerap,hilang selera makan…saya nak bertanya adakah sintom2 tekak gatal berterusan atau ap,tidak demam tidak batuk cuma sakit badan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda mengenai tekak gatal dan hilang selera makan. Kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala gatal tekak boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Alahan pada saluran pernafasan
- Inflamasi & iritasi tekak
- Jangkitan virus/bakteria
Secara umum, hilang selera makan dapat disebabkan oleh pelbagai perkara atau penyakit dasar, seperti:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Irritable bowel syndrome (IBS)
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Kanser
- Masalah psikiatri seperti anorexia nervosa
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.