
Sulit
4 tahun
Tekak loya dan sakit perut
Hi doc, saya habis period pada 24hb ogos, selepas itu saya ada melalukan hubungan dgn suami pd 28&30hb… saya tk pasti ni mindset saya shj atau apa tapi start sept 1st saya asyik rasa mual dan sakit perut mcm senggugut. Saya nak pergi klinik tp rasa mcm awal lagi tp mual ni tk pernah kurang…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham tentang persoalan anda dan berasa simpati terhadap pengalaman anda menghidapi loya dan sakit perut. Kami berasa anda risau jika ini adalah tanda awal kehamilan kerana anda baru sahaja bersama dengan suami anda pada 28 dan 30 haribulan Ogos. Oleh hal yang demikian, kami senaraikan tanda-tanda awal kehamilan seperti yang anda boleh dapati di bawah.
Untuk makluman anda, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti:
- Haid Lewat Atau Tidak Datang Haid
- Mual Loya Atau Muntah
- Saiz Payudara Membesar Dan Payudara Menjadi Lebih Sensitif
- Kerap Kencing
- Deria Bau Lebih Sensitif
- Pendarahan kecil
- Keputihan
- Perubahan selera makan
- Keletihan
Akan tetapi, untuk memastikan bahawa anda hamil atau tidak, disarankan untuk anda membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) atau berjumpa dengan doktor.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.