
hasrulnz98
5 tahun
Tekak rasa berkahak kadang2 sakit,sedikit susah nafas dan rasa pening kepal.a
Saya lelaki berumur 22 tahun, rasa pening kepala dari semalam dan sakit tekak, tapi tiada demam, dan disebabkan selsema saya agak sukar untuk bernafas,

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala tekak berkahak, kesukaran bernafas dan pening kepala boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- Allergic rhinitis
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.