
Sulit
5 tahun
Tekak rasa sakit sikit, badan macam nak demam
Dah 2 hari sy rasa tak selesa tekak, malam malam rasa kering, , baru2 ni bayi sy demam 3 hari dan akhir nya kebah dan kluar rashes. Ms sy menjaga dia tu bermula rs tak selsa tekak. Dan now baby dh baik. Sy rasa tekak sakit dan ada lihat di cermin tekak merah dan sikit bengkak di sebelah kanan. Then now badan sy rs x berapa sihat. Suhu sy belim ukur. Sy risau. Sepkg pkp sy xpernah keliar dan last sy keluar ialah 15/3 tp iti pun toada contact dengan org luar.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Selain COVID-19, selesema dan sakit tekak pada waktu malam boleh disebabkan masalah kesihatan lain.Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Dehidrasi
- Cuaca panas
- Allergic Rhinitis
- Radang sinus
- Radang pharynx
Walaubagaimanapun, masih sukar untuk membezakan gejala ini dengan masalah kesihatan lain. Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini