
Sulit
5 tahun
Tekak rasa tidak selesa dan rasa ada sesuatu
Saya wanita berumur 17 tahun,saya rasa selalu rasa tekak tidak selesa mcm ada sesuatu di tekak. Tekak saya juga kerap berkahak dan rasa gatal2.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tekak berasa tidak selesa yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Radang tonsil
- Luka pada tekak
- Jangkitan saluran udara
- Jangkitan kulat pada saluran tekak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.