
assanbsg
4 tahun
Tekak Sakit, Keluar Angin dgn Kerap dan Sukar mennarik nafas
Hi Dr, sy berumur 25 thn. 2/3 hari ini saya merasakan tekak sy sedikit sakit dan kesukaran saya untuk menarik nafas.selain itu sy juga kerap mengeluarkan angin.apakah yg perlu sy lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang tonsil
- Jangkitan bakteria/virus di tekak
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.