
shahril
4 tahun
Tekak saya perit , berlenda pekat ,merah dan tekak merah dan kelabu nampak urat
Saya lelaki 20 tahun tekak saya rase mcm perit sbb sakit ni baru dapat semalam atau dua hari lepas hari ni baru mcm perasan rase sakit sedikit dan perit sidikit. Saya cube minum air masak tapi tak sakit pulak. Bile saya ludah air liur saya pekat kelat kelat badan pon rase leteh lah jugak mukin sbb bibang sangat saya dah lame berhanti merokok selame 3 bulan lepas sbb risau semua hal yg merosak kan badan. Batok pon tade lah sagat batok manje manje je tak sakit sebelom dia belaku tekak sering kerang je saya minum air banyak banyak lepas tu esok mlm hari teros jadi masok hari ni dah dua hari saya ade sakit ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan untuk saya memahami masalah yang anda alami.
Akan tetapi, ianya mungkin disebabkan tonsiliti . Selain itu, sakit tekak juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Pharyngitis
- Allergic rhinits
- Kurang minum air
Selain merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Buat masa sekarang, anda awasi dahulu gejala anda. Sekiranya masalah tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.