
Sulit
4 tahun
Tekak selalu sakit di waktu bangun tidur
hai doc saya selalu bangun pagi tekak akan berasa pedih…baru ni dia berdarah lendir…kenapa ya doc.mungkin sebab rokok atau sebab lain ya…saya selalu tidur berdengkur yang kuatdan bernafas dari mulut…adakah saya sakit tonsal ke apa doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala sakit tekak yang anda hadapi. Tekak berdarah boleh disebabkan oleh masalah kesihatan serius atau biasa. Namun, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca sebenar tekak berdarah yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Pendarahan tersebut boleh disebabkan trauma kerana kerap batuk, atau kekeliruan anda dengan kahak bercampur asap rokok. Amat jarang sekali untuk tonsil berdarah. Oleh kerana anda seorang perokok, amat penting untuk memeriksa dengan lebih lanjut tentang gejala tekak berdarah yang anda hadapi. Hal ini kerana, merokok meningkatkan risiko kanser tekak. Jika anda alami kesukaran bernafas, suara menjadi serak, berat badan berkurangan tanpa diet atau bersenam, anda harus mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.