
Sulit
5 tahun
Tekak terasa seperti ada kahak melekat sehigga menyebabkan saya berasa kurang selesa dan terasa ingin berdehem selalu untuk melegakan sensasi krang selesa tersebt
Saya seorang lelaki berumur 39 tahun, sejak 2 hari yg lalu, saya merasakan seperti ada kahak melekat d kerongkong…sensasi ini menyebabkan saya berdehem dgn kerap untuk melegakan lsensasi tersebut…tekak saya jg terasa kering…ada kah ini keadaan yg tidak baik…apa yg menyebabkan ia berlaku dan bagaimna hendak menguranngkan rasa sensasi berkahak tersebut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Jangkitan kuman
Radang tonsil
Radang tekak
Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Masalah tiroid
Tersekat benda asing
Selain merujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut, anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Memandangkan gejala ini telah menganggu kesejahteraan anda, sebaiknya anda mendapatkan rawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.