
Sulit
4 tahun
Tekak terasa seperti ada sesuatu yg mengalir ketika tunduk
selamat petang. saya lelaki berumur 25 tahun. ketinggian 161cm dan mempunyai berat badan 82kg. saya telah menghidapi masalah ini sejak tahun lepas lagi. namun tahun ini rasa tersebut semakin boleh dirasai hampir setiap hari. saya mengalami masalah seperti mempunyai sensasi hangat dingin di tekak iaitu rasa yg sama apabila kita hendak muntah.sejak kebelakangan ini rasa itu semakin dpt dirasai setiap hari terutamanya ketika belum makan atau dlm keadaan tunduk dan sujud. ketika dlm posisi tunduk dan sujud rasa tersebut dpt dirasai semakin menjadi dan terasa seperti ada suatu cecair hangat dingin yg mengalir melalui tekak dan dituruti rasa mual. ketika berdiri atau duduk posisi biasa dan walaupun setelah makan juga kadang2 boleh dpt merasa. apakah masalah yg saya hadapi?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ini mungkin disebabkan oleh pedih ulu hati. Antara punca-puncanya ialah:
- Asid refluks (gastrik)
- Radang hempedu - akibat batu karang atau jangkitan
- Radang pankreas - akibat jangkitan atau batu karang
- Radang selaput paru-paru - akibat jangkitan atau auto-imun
- Penyakit Ulser perut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.