
Sulit
5 tahun
Tekak Terasa Tidak Selesa Seperti Ada Sesuatu
Hi doktor,
Saya berumur 30 tahun. saya mengalami beberapa gejala iaitu
- tekak terasa ada sesuatu seperti kahak tetapi tidak batuk.
- tekak berasa tidak selesa tetapi bila bangun tidur tekak terasa sakit sedikit. lepas tu okey.
- suhu badan sekejap naik sekejap tidak. range dalam 35-36.5.
Mengapa keadaan ini berlaku? untuk makluman doktor, pada saya berumur 15 tahun, saya telah melakukan pembedahan membuang tonsil.
Sekian, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak berlarutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- common cold
- jangkitan kuman pada pharynx
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.