
safiahdiyana96
5 tahun
Tekanan darah rendah 93/63
Sy wanita umur 35thn dah berkahwin.baru 2 nie sye cek tekanan darah. Tekanan darah sye 93/63 . adakah tekanan sye tu rendah.

5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Tekanan darah rendah biasanya didefinisikan sebagai tekanan darah di bawah bacaan normal, biasanya di bawah 120/80 mmHg. Manakala, tekanan darah rendah yang bacaan kurang dari 90/60 dan memerlukan rawatan/pemerhatian doktor.
Terdapat tiga jenis tekanan darah rendah iaitu:
- Ortostatik
- Neural
- ‘Shock’
Hipotensi ortostatik biasanya disebabkan oleh:
- Dehidrasi
- Mengandung
- Masalah jantung
- Anaemia
- Jangkitan kuman
Ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan masalah ini. Hipotensi neural pula berlaku apabila otak dan jantung tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Hipotensi disebabkan ‘shock’ pula adalah tanda klinikal utama apabila seseorang mempunyai sepsis atau jangkitan kuman yang teruk ataupun pendarahan yang berlebihan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.